Lama dah tak update blog ni...maklumlah kesibukan atas urusan harian.
Hari ini, sudah 2 minggu anakku Aidil bersekolah. Dalam usia yang belum mencecah 4 tahun genap, dia gembira sangat untuk ke sekolah, jadi kami masukkan dia ke sekolah Tadika Indah Ria, Taman Universiti.
Aidil begitu bersemangat dengan pakaian sekolahnya
Setiap pagi aku menghantar dia ke sekolah bersama kawannya si Syasha yang berumur setahun lebih tua darinya. Alhamdullillah sekarang Aidil dah tak menangis lagi di kelas walaupun hari ke-2 dan ke-3 dia melalak bila masuk kelas, biasalah tu baru-barulah katakan...hehehe
Tapi seperti kebiasaannya botol susu berisi milo sudah menjadi kemestian sebelum ke sekolah.